It’s been a while. These places have been empty, abandon. Cold.
My head are flooded with thought. Thought that have been there shovel to on side.
At the age of 27 I am still one-confused-kid.
Hari ini aku sakit. Seperti kebiasaannya cuti aku selalu berakhir dengan sakit.Macam sakit memerli aku pulak yang setiap hari beria-ia sangat mahukan cuti.Nah cutilah!
Ya aku memang sakit kepala.Bukan sakit kepala biasa-biase. It’s a freakin splitting headache!
Badan masih mengeletar dek sakit berpanjangan semalaman.Kepala masih berpinar-pinar. Lantai rumah semuanya tak rata.Aku masih duduk di birai katil menghitung kira macam mana aku mahu memandu ke klinik dalam hujan renyai renyai ini.
Awal-awal pagi aku texted boss. Tiada balasan.Mungkin terlalu pagi. Aku harap dia faham, sakit yang datang bukan aku pinta-pinta. Bukan aku minta dia datang 3 hari sebelum cutiku berakhir. Bukan aku nak cuti extra.Bukan. Kepala masih berdenyut. Awal-awal pagi sudah aku muntahkan isi perutku ke mangkuk tandas. Letih. Chicken chop yang aku nikmati semalam, ketawa ketawa,jeling-jeling manja semuanya menerjah keluar.
Mata aku alerjik cahaya.Pedih.Tekak loya,kepala bagai mau pecah,hidung tersumbat,badan mengigil seram, muntah (ini baru).Itu semua simptom simptomnya. Datang sekali harung.Habis ranap tiang ’kesungguhan’ mahu mula bekerja semula. Hampir setengah tahun die pergi hari ni dia kembali. Tak mengapa.Sakit itukan khifarah dosa. Dosa yang bergedung banyaknya tanpa sedar.
Dua hari lepas dia datang main main sahaja. Sesekali aku picit2 kening sebelah kiri.Lega.Malam semalam sakit tak terhingga jadi hari ini mahu tak mahu aku harus juga ke klinik lagi. Dua tiga bulan ini aku kerap benar ke klinik. Kenapa agaknya?
Email masih berbalasan dengan boss yang satu lagi. Aku ada kerja tertangguh. Jadi harus di layan pertanyaan dari yang seorang ini. Sesekali aku refresh peti surat virtual.
Hujan masih merintik. Kepala masih saket.Aku ada banyak yang mahu aku cerita
Aku nekad ke klinik segera. Sakit ini betul betul mendera.
p/s – Untuk pertama kali,dalam kesakitan aku mengakui ini, hidup aku dibentuk satu pertiga kerjaya,satu pertiga memori dan harapan masa depan dan sepertiga lagi ‘my actual self’. Aku belajar untuk enjoy the actual moments and I do it! Aku belajar untuk menyenangi memori baik dan buruk dan berpaut pada harapan masa depan yang indah..i do it!Tapi sepertiga yang satu lagi itu- hambar,sejuk dan menidakkan siapa aku sebenarnya.
Komen Terbaru